Melangkar Pusat Kegiatan Guru Alma

Utama | Info Korporat | Sejarah Pusat Kegiatan Guru Alma
.......................................................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................................................
SEJARAH PUSAT KEGIATAN GURU ALMA
Pusat Kegiatan Guru Alma diawal tahun 1997 - 2008
Pusat Kegiatan Guru [PKG] Alma mula beroperasi pada tahun 1997, bagi menggantikan PKG Tanjong yang telah ditutup operasinya setelah enam tahun beroperasi. Penutupan PKG Tanjong adalah kerana bilangan sekolah ahli yang sedikit dan PKG berkenaan terletak berhampiran dengan PKG-PKG yang lain seperti PKG Datok Keramat dan PKG Kelawai.

Sementara itu PKG Bukit Mertajam pula terpaksa menampung ahli yang ramai iaitu melebihi tiga puluh buah sekolah ahli. Oleh yang demikian PKG Alma diwujudkan bagi mengimbangi jumlah sekolah ahli PKG Bukit Mertajam dengan PKG-PKG yang lain di Pulau Pinang. Sebanyak dua belas buah sekolah ahli PKG Tanjong telah diserap kepada PKG Datok Keramat Dan PKG Kelawai.
Pusat operasi PKG Alma pada awal penubuhannya adalah di premis PKG Bukit Mertajam  yang terletak di Kawasan Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam. Premis berkenaan juga turut menempatkan Pusat Sumber Negeri Pulau Pinang (PSPNPP) . Apabila PSPNPP berpindah ke premis tetapnya  di Pokok Sena, Kepala Batas pada awal 2003. 

PKG Alma berkongsi bangunan dengan PKG Bukit Mertajam. Pertambahan sekolah di kawasan Alma dan Bukit Mertajam menyebabkan PKG Alma terpaksa membuat pengubahsuaian bilik untuk menyesuaikan pengurusan dan aktiviti yang akan dijalankan mengikut program yang telah dirangcang oleh kedua-dua PKG.
.......................................................................................................................................................................................
Pusat Kegiatan Guru Alma di Kuarters Institusi Pendidikan (KIP)
Pada awal penempatannya di Sekolah Kebangsaan Stowell , PKG Alma berstatus PKG tidak berbangunan dan menumpang di premis PKG Bukit Mertajam.  Program Perpindahan Pusat Operasi Pusat Kegiatan Guru ke Kuarters Institusi Pendidikan (KIP), Kuarters Rumah Guru, Rumah Guru Lama dan Bangunan Sekolah Lama pada tahun 2008 oleh Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP) telah mengubah landskap  PKG Alma.

PKG Alma  merupakan salah satu dari tiga puluh lima buah PKG yang terlibat. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Pulau Pinang telah memilih Kuarters Institusi Pendidikan Bukit Mertajam sebagai pusat operasi  PKG Alma.

BTPN Pulau Pinang dan PKG Alma  telah menerima surat penyerahan Kediaman Institusi Pendidikan Bukit Mertajam iaitu satu blok bangunan yang mempunyai dua puluh buah unit rumah kediaman dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang pada 22 Disember 2008.

Kerja-kerja pengubahsuaian telah giat dilakukan. Pengubahsuaian ini melibatkan penyediaan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan dalam memenuhi keperluan dalam pembentukkan sesebuah PKG. Antara kemudahan dan peerkhidmatan yang disediakan adalah
1. Pejabat Operasi PKG.
2. Bilik-bilik Pegawai PTP.
3. Ruang Perpustakaan.
4. Bilik Seminar.
5. Bilik Mesyuarat dan
6. Surau
.......................................................................................................................................................................................
Utama | Info Korporat | Sejarah Pusat Kegiatan Guru Alma
........................................................................................................................................................................................